Wednesday, 22 May 2013

Cerita Aku

Pada mulanya,aku merasakan diri ku ini rumit dengan penuh kesulitan....Aku sendiri keliru dengan keputusan diriku dan memikirkan semula adakah semua ini betul dan benar...mengapa semua ni terjadi pada diri aku.....yang tidak tahu kemana hala tuju ku dan tidak tahu apakah peluang yang aku ada sewaktu ketika dahulu...Aku terus berjalan ke satu lembah yang gelap dan tidak seseorang pun yang pernah masok ke dalam lorong itu...lorong itu penuh dengan kesesatan dan lembah kehinaan dan bermula dari situ aku mula mencari dimana kejahatan aku bermula dan aku menjumpainya namun aku berasa sungguh kesal..

Dan yang sebenarnya aku ingin menceritakan tentang kehidupan aku kepada kamu semua...yang mana baik bertukar jadi jahat,jahat ingin kembali jadi baik,dimana punca masalah dan bagaimana ingin menyelesaikannya....

Sewaktu aku kecil berumur 5-6 tahun,aku selalu melihat mak dan ayah aku bergaduh kerana masalah masing2...selepas dari itu ayah kuar dari umah dan sebaliknya lah....Dan pada ketika itu aku dan mak aku pulang ke kampung kerana ayah telah menceraikan mak aku dengan talak 1...Dan selepas itu aku pun sudah naik umur 7 tahun dan bersekolah di Sek Ren Keb Ijok Btu 8..selama 2 tahun aku bersekolah rendah di Ijok dan pada akhir tahun 2002/2003 cmtula aku terpaksa mengikut ayah berpindah ke Puchong Taman Putra Perdana dan belajar di Sek Ren Keb Taman Putra Perdana pada darjah 3.....Pada waktu aku darjah 3,aku sering di rendahkan,di ejek oleh kawan2 dan sewaktu aku balik rumah,aku sering didera oleh mak tiri aku yang bernama Kayaton yang berasal dari Indonesia..Aku sering didera bersama2 dengan adik beradik aku ketika di rumah dan sewaktu ayah xda kat rumah...aku menahan keperitan bersama adik beradik selama 6 tahun..Adik bongsu aku di pukul dan di cekik oleh mak tiri aku tanpa belas kasihan dan Aku telah memukul adik bongsu aku sendiri!!!!....Dan pada keesokan harinya aku mula menyimpan dendam kepada mak tiri aku kerana telah mencelakai adik beradik aku....

Setelah kejadian tersebut,tepat pada hari Jumaat tengah hari...Aku melarikan diri untuk balik ke kampung halaman aku di Kuala Selangor,Ijok...untuk aku menyelamatkan diriku tetapi semua itu sia2 je sebab mak kandung aku berkahwin di luar pengetahuan aku...Dan aku tidak menyangka aku akan mempunyai bapak tiri....sungguh malang nasib aku...

Selepas aku mengetahui aku telah pun mempunyai bapa tiri di luar pengetahuan aku tapi aku redho dengan ketentuan ilahi dan aku ingin tengok pe'el atau perangai dia bagaimana...Dan selepas 3 bulan aku mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah dan hari yang berikutnya mak pun bising..."kenapa hari hari ko nak balik lambat je,ada apa kat sekola sampai berhari2 ko nak balik lambat"...dan aku jawab "angah ada koko kt sekolah dan ada pegang jawatan sebagai pengawas..mestilah ada tugas dan bukan suke2 nak balik lambat"...mula daripada itu bapa tiri aku mencelah "esok ko balik awal,lau ko balik lambat lagi..siap kau aku kerjakan "..Dan selepas beberapa bulan,aku telah merosot dalam koko,akademik dan akhlak aku....aku menjadi tak keruan dan hilang arah tuju sehingga aku terbabit dalam masalah sosial seperti pecah masok rumah dan kedai,ponteng sekolah,merokok dan sebagainya...Dan semenjak itu aku seolah2 berasa tidak bermakna lagi kerana apa yang aku impikan semuanya sia2...dan dari situ lah aku memahami erti insan yang menolong aku kembali ke jalan yang benar dan berubah lah seperti dulu..Aku akan sebut nama2 insan yang menolong aku untuk berubah iaitu Akmal,syafiq,Hafiz,wan kembar dan seorang cikgu yang tidak pernah merungut untuk membantu aku berubah iaitu cikgu baiti....Dia lah yang tidak pernah jemu untuk menasihati aku untuk jadi pelajar yang baik dan soleh.....Dan kini aku terselamat dari lembah kehinaan yang boleh menjerumuskan manusia dan kini aku sedar akan selama ini aku alpa dengan dunia dan tidak pernah mengingat akan akhirat...

Dan selepas itu,secara tiba2 aku menghidap penyakit tulang belakang....Doktor yakini aku bahawa tulang belakang aku terluka pada bahagian tengah...pada masa itulah,aku mula mendapat kawan baru yang tua dari aku iaitu Hafizi,Hidayah,Nik nur syafiqah,Atirah and the gang....

Setelah sebulan lebih aku ditahan dalam wad 4a...di Hospital Sg.Buloh...dengan perasaan sedih dan bercampur gembira aku terpaksa meninggalkan kawan2 baru aku dan kembali ke rumah aku...sejak dari itu aku mula mengenali Eqah Nadzirah dan mula menjalinkan hubungan istimewa antara kami tapi tidak lama...Dan selepas aku mula putus dengan Eqah Nadzirah,dan pada ketika itulah aku mula bercinta dengan Azmira iaitu kakaq kepada Firas tetapi x lama...kami putus kerana Azmira sudah mempunyai teman yang dia sayangi dan dia cuma anggap aku hanyalah sebagai kawan sahaja....

Sejak dari itu hati aku mula kosong dan aku membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan semula bersama Eqah Nadzirah...mula dari itu dia sudah tidak berminat untuk bercinta lagi dan pada ketika itulah dia mahu minta putus dengan aku dan aku redho lalu memutuskan dia....setelah 2minggu aku putus ngan dia,aku telah pun menemui gadis yang menawan dan cantik yang bernama Inas Syakiara dan pada ketika itulah kami menjalinkan hubungan cinta sehingga lah sekarang....kini aku bahagia dengan kehidupan aku.....

itu saje la cite aku yang ingin aku kongsikan....nanti lau ada lagi kisah yang sedih ke happy ke aku citekn la kt korang eikk....yang paling penting keimanan dan tawakkal kita pada Allah....ok la bubbye jumpe lagi....ingat puasa jangan dok maen mercun aje kang x raye la hang jawabnya...elok2 korunk jari cukup 10,asek2 mengadap mercun je ilang satu jari...kan menyesal tuhh key la bye

No comments:

Post a Comment